fbpx

Didenda melutut kerana tidak buat kerja rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Hanya kerana tidak membuat kerja rumah, tiga beradik berusia 8 hingga 11 tahun telah didenda melutut di luar rumah oleh ibu mereka dipercayai lebih tiga jam dalam satu kejadian di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada orang awam yang terlihat tiga beradik berkenaan melutut di luar rumah mereka dengan pakaian yang basah.

“Laporan diterima pada pukul 9.30 malam dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku di antara pukul 7 petang hingga 10.30 malam.

“Pemeriksaan awal terhadap ketiga-tiga kanak-kanak tersebut tidak menemui sebarang kecederaan, bagaimanapun pihak polis meneruskan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ridzuan, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun,atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI