fbpx

Lelaki jatuh jambatan dijumpai selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta mangsa ditemui di tepi jalan di km2.2 Jambatan Pulau Pinang dekat Seberang Perai hari ini.

[KEMASKINI]

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di Kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang arah pulau di sini awal pagi tadi dijumpai dalam keadaan selamat kira-kira pukul 9.43 pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri betkata, mangsa dipercayai berenang sendiri ke tebing selepas bertindak terjun dari jambatan itu kira-kira pukul 3.04 pagi.

“Mangsa kemudian dibantu oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.

“Kes itu juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut selepas pihak bomba dikatakan menerima maklumat tersebut daripada adik mangsa sendiri.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI