fbpx

Lelaki cuba curi kabel elektrik ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa yang terbaring di dalam longkang berdekatan jejambat di Kilometer 460, Sungai Buloh arah Jalan Duta, PLUS dipercayai terkena renjatan elektrik.

KUALA LUMPUR – Padah kerana ingin mencuri kabel elektrik, seorang lelaki ditemui maut di dalam sebuah longkang berdekatan jejambat di Kilometer 460, Sungai Buloh arah Jalan Duta Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hari ini.

Mayat lelaki disyaki warga asing ditemui kira-kira pukul 1.15 petang oleh kakitangan PLUS ketika membuat pemeriksaan kabel elektrik sekitar kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, penemuan mayat tersebut dimaklumkan pihak PLUS sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, setibanya di lokasi kejadian, anggota menemui mayat yang masih lengkap berpakaian terbaring di dalam longkang.

“Pemeriksaan pihak forensik tidak menemui sebarang unsur jenayah pada badan mangsa. Siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat beberapa kabel, fius dan wayar telah dipotong dan hilang.

“Siasatan lanjut mendapati, mangsa dipercayai terlibat dengan jenayah curi kabel sekitar lebuh raya PLUS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Nik Ezanee, mangsa telah terkena renjatan elektrik menyebabkan dia maut serta-merta di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI