fbpx

Kosongkan rumah demi keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim sedang meninjau kerja-kerja pembaikan di tapak pembinaan LRT3 yang terletak kurang 10 meter dari kediamannya, di Johan Setia di sini hari ini.

NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Sebuah keluarga terpaksa berpindah selepas jarak kediaman mereka hanya 10 meter daripada lokasi kejadian tanah mendapan di tapak pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) berdekatan lampu isyarat, Jalan Klang-Banting di sini kelmarin.

Seorang ahli keluarga itu, Ibrahim Saironi, 33, pemindahan itu dilakukan selepas mendapat arahan pihak kontraktor bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kepada mereka sekeluarga.

Kata yang juga mekanik itu, enam daripada ahli keluarganya kini menumpang di rumah adik di Jalan Kebun sehingga kerja-kerja baik pulih siap sepenuhnya.

“Rumah saya paling dekat dengan lokasi kejadian iaitu 10 meter sahaja. Hanya saya sahaja masih tinggal di sini bagi memastikan rumah dan juga motosikal milik pelanggan yang dibaiki berada dalam keadaan selamat

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Makmur Ali, 64, memberitahu, pencawang telekomunikasi yang terletak bersebelahan kediamannya juga berisiko tumbang jika mendapan terus merebak.

“Saya berharap kerja-kerja pembinaan dilakukan dengan teliti dan sememangnya saya berpuas hati terhadap kerja dilakukan oleh pihak kontraktor,” katanya.

Berikutan kejadian mendapan itu, Jalan Johan Setia-Banting dan Jalan Johan Setia-Klang terpaksa di tutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih.

Terdahulu mendapan berukuran 30 meter persegi berlaku di Jalan Klang-Banting berhampiran lampu isyarat Johan Setia di sini mendap di kedua-dua lorong dipercayai akibat kerja-kerja menanam cerucuk pembinaan LRT3 di kawasan itu dalam kejadian pukul 3 petang, Isnin lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI