fbpx

Kasut sekolah baru beli dihanyutkan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Harrith Safwan

Oleh AZAHAR HASHIM

BANDAR BAHARU – “Saya sudah bersedia nak pergi sekolah pagi ini tetapi rumah pula dilanda banjir kilat. Kasut sekolah yang baru dibeli pun hilang dihanyutkan air.”

Demikian luahan Muhammad Harrith Safwan, 12, ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu dekat sini hari ini.

Muhammad Harrith berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama bapa dan kakak sedang berehat di ruang tamu.

“Ibu saya pula baru pulang ke rumah dalam keadaan hujan lebat kira-kira pukul 10 malam,” ujarnya.

Katanya, hujan lebat selama dua jam menyebabkan paras air Sungai Tepus melimpah ke kawasan pekarangan rumah.

“Dalam masa 15 minit sahaja air masuk ke dalam rumah dan kami terus mengangkat perabot serta peralatan elektrik ke tempat lebih tinggi,” ujarnya.

Ibu Muhammad Harrith, Rosefilawaty Abd. Rashid, 41, berkata, dia sebelum ini tinggal di Kampung Bagan tetapi berpindah ke Kampung Sungai Tepus sejak dua tahun lalu kerana tempat lamanya itu sering dilanda banjir.

Dalam pada itu, Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, seramai 22 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke PPS selepas Kampung Sungai Tepus dan Kampung Pasir Debu di Mukim Bagan Samak di sini dilanda banjir kilat malam semalam.

Kata beliau, kesemua mangsa terdiri daripada lapan lelaki, sembilan perempuan dan lima kanak-kanak ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu.

“Sebanyak enam buah rumah dinaiki air akibat limpahan Sungai Tepus dan air dari kawasan bukit berhampiran kira-kira pukul 8 malam tadi berikutan hujan lebat lebih dua jam di daerah ini.

“Paras air semakin meningkat sehingga 0.5 meter dan ekoran itu, sebuah PPS dibuka kira-kira pukul 10.30 malam tadi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI