fbpx

Jana pendapatan RM15,000 jual durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Khazeri (kanan) bergambar dengan pelanggannya yang membeli Musang King secara online di Bentong baru-baru ini.

BENTONG – Pendekatan berani seorang peniaga menjual durian Musang King menerusi Whats­App dan Facebook membuahkan hasil apabila berjaya meraih jualan lebih RM15,000 sejak Jun lalu.

Mohamad Khazeri Hashim, 51, memberitahu, dia hanya menjual isi durian yang diletakkan di dalam bekas kepada pelanggan dengan harga RM50 sebekas. Setiap bekas seberat 500 gram.

“Saya hanya menjual Musang King kerana harganya yang tinggi selain mendapat permintaan yang memberangsangkan daripada penggemar raja buah itu kerana rasanya le­bih enak.

“Sejak Jun lalu, saya telah menjual lebih 30 kilogram Musang King dan meraih jualan le­bih RM15,000 melalui online,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada masa ini, Musang King dijual RM58 sekilogram bagi gred A, gred B (RM38) dan gred C (RM23).

Menurutnya, dia memilih kaedah jualan secara bungkusan berbanding biji bagi memastikan buah yang dijual dalam keadaan baik selain pembeli berpuas hati dengan harga yang dibayar.

Katanya, sebelum ini dia menjual raja buah itu secara timbang biji, namun sering menerima a­duan daripada pembeli sehingga menanggung kerugian.

“Sebelum ini, ada pelanggan yang membeli durian dengan harga RM160 sebiji, namun terdapat beberapa ulas yang rosak dan saya terpaksa menggantikannya dengan buah yang baharu.

“Oleh itu, bagi memastikan tiada pihak yang rugi, kaedah bungkusan ini dapat memastikan kualiti buah yang dibeli sentiasa segar dan berkualiti,” ujarnya yang juga bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat guaman.

Mohamad Khazeri berkata, pelanggannya bukan sahaja dari Bentong tetapi juga dari Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Selain itu, katanya, pihaknya turut mendapat tempahan Musang King untuk pelbagai majlis daripada syarikat di sekitar Lembah Klang.

Buat masa ini jelasnya, dia ti­dak bercadang untuk menjual durian jenis lain memandangkan permintaan yang kurang memberangsangkan diterima daripada pengemar raja buah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI