fbpx

Hafizh mahu sertai Petronas SRT kerana merit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH tidak sabar untuk turun beraksi di Litar Le Mans bagi meraih keputusan positif pada perlumbaan GP Perancis hujung minggu ini.

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah enggan menyertai pasukan Yamaha Petronas Sepang Racing Team (SRT) dengan tiket ‘simpati’ sebaliknya mahu dipilih secara merit untuk menyarung sut pasukan Malaysia dalam kelas premier pada masa akan datang.

Hafizh tidak menyembunyikan impiannya untuk bersama pasukan tersebut, namun mahu membuktikan dengan tampil cemerlang meraih keputusan terbaik sepanjang perlumbaan kelas Moto2 musim ini.

Sebelum ini, Prinsipal Yamaha Petronas SRT, Datuk Razlan Razali meletakkan syarat kepada pelumba berusia 27 tahun itu berada dalam kelompok lima terbaik keseluruhan dalam saingan Moto2 untuk dia berkemungkinan dipilih menyertai saingan MotoGP ataupun Moto2 bersama pasukan itu.

“Syarat yang diletakkan Datuk Razlan amat positif tetapi saya mengharapkan kehadiran saya ke saingan kelas premier disebabkan faktor prestasi. Saya harap dapat lebih konsisten untuk lakukan yang terbaik pada perlumbaan yang akan datang.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia, keluarga, Kementerian Belia Sukan (KBS), Grantt Lubricants yang sokong saya dan doakan saya untuk buat yang lebih baik pada perlumbaan akan datang. Doakan saya, kalau ada rezeki kita jumpa di MotoGP,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada perlumbaan di Grand Prix (GP) Sepanyol, Hafizh kembali menyertai kelas Moto2 bersama pasukan Aspar tampil dengan aksi terbaik apabila menamatkan saingan di kedudukan keenam keseluruhan ketika aksi di Jerez.

Sebagai rekod, keputusan tersebut adalah pencapaian terbaik Hafizh pada GP Sepanyol dalam kelas Moto2 memandangkan dia belum pernah menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 teratas sebelum ini.

Pasukan Moto2 Petronas SRT yang diwakili pelumba Sepanyol, Xavi Vierge dan Jake Dixon (Great Britain) dengan masing-masing sekadar mengakhiri perlumbaan di tempat ke-10 dan ke-18. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI