fbpx

84,114 murid Terengganu ke sekolah semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA TERENGGANU – Pembukaan semula sesi persekolahan bagi murid tahun satu hingga empat di semua sekolah rendah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah swasta di Terengganu hari ini melibatkan seramai 84,114 orang.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Salim Ab Ghani berkata, pemantauan beliau di beberapa buah sekolah hari ini mendapati majoriti murid yang hadir mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

“Cumanya di kebanyakan hadapan sekolah hari ini agak sesak dengan kenderaan ibu bapa yang meletakkan terlalu lama kerana mereka ingin melihat anak-anak selamat masuk ke dalam kelas walaupun dari jarak jauh.

“Saya faham, ibu bapa mengambil berat mengenai keselamatan anak mereka kerana tidak dapat menghantar hingga ke dalam kelas dan pihak sekolah telah menjalankan SOP yang baik bagi memastikan murid selamat,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan di Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga di sini hari ini.

Salim juga menyaran pengurusan sekolah mengambil inisiatif setiap pagi memberi penerangan tentang covid-19 untuk kefahaman murid-murid.

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan pengusaha bas sekolah agar memantau pemakaian pelitup muka dan pergaulan murid sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari sekolah. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI