fbpx

Wanita ditemui tergantung di inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh NUR AMALINA AZMAN

LANGKAWI – Seorang wanita berusia 32 tahun ditemui tergantung pada besi katil dua tingkat di sebuah inap desa di Jalan Kampung Bayas di sini semalam.

Mangsa ditemui oleh pekerja inap desa tersebut yang masuk ke bilik disewa mangsa dengan kunci pendua kira-kira pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pemeriksaan menemui satu mayat wanita tergantung menggunakan kain cadar pada besi katil dua tingkat.

“Siasatan yang dilakukan di tempat kejadian dan mayat mangsa mendapat tiada unsur jenayah terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Maliha di sini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Wanita terbabit mendaftar ke inap desa itu seorang diri pada Sabtu lalu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI