fbpx

Prestasi jentera SF1000 bingungkan Ferrari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETTEL hanya menamatkan saingan di tempat kelima pada GP Hungary hujung minggu lalu. - AFP

Pasukan Ferrari bingung dengan keadaan jentera SF1000 milik mereka selepas dikesan tidak mempunyai daya pecutan terbaik sehingga menyebabkan dua pelumbanya gagal menaiki podium di Grand Prix (GP) Hungary pada Ahad lalu. 

Prinsipal Ferrari, Mattia Binotto mengakui pihaknya sedar akan masalah itu, namun mengakui ia bukan satu perkara mudah untuk mengesan masalah yang dihadapi mereka ketika ini selain keadaan bertambah buruk.

Pada perlumbaan di GP Hungary, Sebastian Vettel dan Charles Leclerc masing-masing sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima dan ke-11.

“Saya rasa kami mula mengesan masalah tersebut di Barcelona apabila jentera kami tidak cukup pantas tetapi kami tidak menjangkakan keadaan akan menjadi seteruk ini.

“Tiga perlumbaan berturut-turut kami berdepan masalah yang sama dan hanya tinggal beberapa minggu sebelum Silverstone. Sudah pasti pasukan memerlukan tempoh yang lama untuk memperbaikinya,” katanya. – AGENSI 

 

LECLERC sekadar menamatkan saingan di tempat ke-11 biarpun memulakan musim dengan cemerlang pada aksi pembukaan di GP Austria sebelum ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI