fbpx

Pegawai pendidikan dituduh terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI Perkhidmatan Pendidikan Daerah, Institut Perguruan Kampus Raja Melewar, Faridah Din (tengah) diiringi pegawai SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Seksyen Seremban di sini hari ini.

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

SEREMBAN- Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Daerah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6,000 daripada seorang ahli perniagaan pada 2016 lalu.

Tertuduh, Faridah Din, 54, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Madihah Harullah.

Mengikut kertas pertuduhan, Faridah yang bertugas di Institut Perguruan Kampus Raja Melewar Seremban menerima wang berjumlah RM6,000 dari seorang ahli perniagaan, Zainal Abidin.

Faridah ketika bertugas sebagai Peyelaras Progam Tranformasi Minda manakala Zainal, 53, adalah pembekal makanan untuk program berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Seremban pada 6 April 2016 pada pukul lebih kurang 7.15 petang.

Faridah didakwa mengikut Seksyen 165 yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Zainab Yahya memohon tertuduh diikat jamin RM12,000 sementara menunggu perbicaraan.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Datuk Hanif Hasan merayu ikat jamin dikurangkan dengan alasan tertuduh patuh dengan jaminan SPRM sebelum ini.

Madihah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Ogos ini sebagai tarikh perbicaraan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI