fbpx

Mendapan tanah pulih dalam tempoh seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin (kiri) meninjau lokasi tanah mendap di persimpangan Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang, Selangor hari ini.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Kerja membaik pulih mendapan tanah di persimpangan Jalan Johan Setia dan Jalan Langat di sini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu berlaku disebabkan faktor tanah gambut dan hujan lebat di kawasan berkenaan.

Kata beliau, hujan lebat menyebabkan struktur tanah gambut di situ menjadi lembut sehingga mendap seperti yang berlaku semalam.

“Kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan secara menyeluruh oleh rakan pelaksana projek iaitu MRCB George Kent dengan jangkaan masa selama seminggu untuk disiapkan.

“Ini termasuk membaiki paip pecah, struktur jalan dan bekalan air kepada penduduk setempat,” katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi kejadian di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Projek Prasarana, Mohd. Lokman Hamid dan Pengarah Projek MRCB George Kent, Hwang Chee Leong.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, beliau yakin kejadian tersebut  bagaimanapun tidak menjejaskan projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di kawasan tersebut.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan dan kami sememangnya bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden ini,” katanya.

Sementara itu, Chee Leong menegaskan, pemeriksaan pihaknya mendapati pergerakan tanah hanya berlaku di lokasi berkenaan dan tidak membabitkan kawasan lain.

Semalam, insiden mendapan tanah kira-kira 30 meter persegi susulan kerja-kerja menanam cerucuk bagi pembinaan projek LRT3 berhampiran persimpangan lampu isyarat di Kampung Johan Setia mengakibatkan jalan tersebut terpaksa ditutup sepenuhnya.

Kenderaan yang menggunakan jalan berkenaan dilencongkan ke arah Taman Bayu Emas, Kampung Johan Setia dan ke Lebuhraya Shah Alam atas sebab keselamatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI