fbpx

Juventus kekalkan Sarri, Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARRI (kiri) dan Ronaldo terus menjadi pilihan Juventus untuk kekal di Turin.

MASA depan jurulatih Juventus, Maurizio Sarri di Turin masih belum dapat dipastikan, namun kelab tersebut mengakui berharap beliau akan terus kekal bersama pasukan itu.

Ketua Pegawai Bola Sepak Juventus, Fabio Paratici mendedahkan, Juventus bukan sahaja berharap Sarri akan terus kekal tetapi juga pemain bintang mereka, Cristiano Ronaldo akan terus beraksi bersama The Old Lady musim depan.

Bagaimanapun, Juventus berdepan aksi kurang meyakinkan apabila mereka gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan sebelum berjaya meraih tiga mata penuh ketika aksi menentang Lazio awal pagi tadi.

Ketika Atalanta, Lazio dan Inter Milan terus memberikan tekanan, spekulasi muncul apabila ada pendapat mengatakan bahawa Sarri perlu dipecat sekiranya beliau gagal membawa pasukan itu menjulang kejuaraan musim ini.

Namun, Paratici terus memadam khabar angin berkenaan apabila mengakui bahawa Sarri akan terus menjadi pilihan pihak pengurusan Juventus sekali pun gagal untuk membawa pulang kejayaan untuk pasukan tersebut.

“Ia adalah cakap-cakap di media sahaja. Saya berada di sini lebih 10 tahun dan kami berada di kemuncak untuk tempoh sembilan tahun.

“Kami meraih trofi Serie A sebanyak lima kali ketika era Max Allegri. Kami mengadakan pertemuan tidak kira perlawanan yang dilalui menghasilkan keputusan seri atau menang sekali pun. Kami berbincang mengenai spekulasi seperti ini dan semua akan tergelak.

“Tanpa disangkal, saya yakin Sarri akan terus kekal bersama kami begitu juga dengan Ronaldo yang sudah menyatakan komitmen untuk terus berada di sini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI