fbpx

Lagu ‘Hey Jude’ sambut kehadiran Bellingham di Signal Iduna Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLINGHAM (kiri) membuat keputusan menyertai Dortmund biarpun kelibatnya diburu United dan Bayern. - TWITTER

LONDON – Pemain sasaran Manchester United, Jude Bellingham akhirnya membuat keputusan menyertai Borussia Dortmund selepas melengkapkan perpindahan dari Birmingham City.

Dortmund mengeluarkan satu klip video menerusi laman sesawang Twitter rasmi kelab itu yang menunjukkan para pemain dan staff kejurulatihan mereka beramai-ramai menyanyikan lagu ‘Hey Jude’ yang dinyanyikan oleh The Beatles sebagai menyambut kehadirannya.

Dilaporkan, Bellingham menandatangani kontrak selama lima tahun di Signal Iduna Park dengan nilai perpindahan bernilai RM134.23 juta dan sekiranya jumlah wang yang di bayar oleh Dortmund itu benar, bermakna pemain tersebut menjadi pemain remaja termahal di Eropah ketika ini.

Pemain muda dari England itu mencipta fenomena bersama Birmingham apabila meledak empat gol dalam 43 penampilan bersama pasukan itu untuk musim ini dan perlawanan menentang Derby County bakal menjadi aksi terakhirnya bersama pasukan itu.

Bellingham nyata sangat teruja dengan pengumuman yang dilakukan oleh Dortmund sambil meluahkan rasa terima kasih kepada Birmingham yang memberinya peluang beraksi pada pentas profesional.

“Tidak cukup rasanya sekadar mengucapkan terima kasih kepada Birmingham di atas apa yang mereka berikan.

“Kini saya sangat gembira untuk menyertai kelab gergasi di Eropah. Dortmund adalah pasukan terbaik terutama dalam membantu pemain muda untuk meningkat. Ia adalah keputusan yang mudah untuk saya lakukan selepas menerima tawaran daripada mereka,” jelasnya.

Sebelum ini, United dan Bayern Munich kuat dikaitkan dengan perpindahan pemain tengah berkenaan tetapi Bellingham membuat keputusan mengikut jejak langkah rakan senegaranya, Jadon Sancho menyertai Dortmund pada 2017 lalu. – AGENSI

 

BELLINGHAM mungkin menjadi pemain remaja termahal di Eropah sekiranya jumlah perpindahan yang dibayar oleh Dortmund kepada Birmingham itu benar. – TWITTER
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI