fbpx

APMM Pulau Pinang rampas 15 bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bubu naga yang dirampas oleh APMM negeri di perairan Batu Musang dekat George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) negeri merampas sebanyak 15 peralatan menangkap ikan dipercayai bubu naga ketika rondaan Op Benteng Laut di perairan Baru Musang dekat sini hari ini.

Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, kesemua bubu naga berkenaan yang dirampas kira-kira pukul 10 pagi telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban di sini untuk siasatan lanjut.

“APMM memandang serius kesalahan itu kerana penggunaan peralatan bubu naga secara haram iaitu melebihi dua injap boleh menjejaskan sumber perikanan kerana sifatnya yang tidak selektif selain memerangkap anak ikan komersial.

“Ia sekaligus mengakibatkan kesan buruk kepada sumber laut dan nelayan pantai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hamizan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 11(3)(a), Akta Perikanan 1985.

Sementara itu, beliau turut meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian mencurigakan, kecemasan atau kemalangan di laut dengan menghubungi talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI