fbpx

Al Jazeera tiada lesen terbit dokumentari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Siasatan mendapati stesen penyiaran antarabangsa, Al Jazeera tidak memiliki lesen pengeluaran filem untuk penerbitan dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ di negara ini.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata, siasatan turut mendapati Al Jazeera tidak membuat permohonan untuk Surat Perakuan Penggambaran bagi membuat liputan dokumentari berkenaan.

“Finas akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasat terhadap Al Jazeera,” kata Finas dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Finas, siasatan di bawah Seksyen 22(1) Akta Finas 1981 (Pindaan 2013) kerana menjalankan aktiviti perfileman iaitu menjalankan pengeluaran filem dokumentari tanpa lesen sah daripada FINAS. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI