fbpx

UEC perlu ikut Dasar Pendidikan Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR- Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, beliau tidak pernah menyatakan kerajaan akan mengiktiraf sijil berkenaan.

“UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian apabila kerajaan terdahulu menerima lepasan UEC mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

“Kerajaan pada tahun 2012 menerima lepasan UEC mengikuti PISMP dalam bidang bahasa Cina dengan syarat lulus Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam bahasa Melayu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.

Ia susulan laporan akhbar yang menyatakan Perdana Menteri bersetuju untuk mengiktiraf UEC. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI