fbpx

Penagih dadah tikam bapa, warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bertindak menikam bapa sendiri dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Mergong di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, mangsa berusia 73 tahun cedera pada leher, dada dan bahu kanan.

Suspek kemudian menikam seorang warga emas dalam kejadian berasingan di Jalan Putra di sini sehingga mengakibatkan mangsa cedera pada kedua-dua belah bahu.

Kedua-dua mangsa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, bapa suspek ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan di Kawasan Perindustrian Mergong.

“Polis kemudian menerima satu lagi maklumat terdapat seorang lagi lelaki berusia 67 tahun ditikam di Jalan Putra,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, suspek dipercayai bertindak menikam bapanya disebabkan perselisihan faham antara keluarga, manakala kejadian kedua berlaku dalam keadaan suspek mabuk.

“Suspek yang melarikan diri ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar dalam tempoh tiga jam selepas kejadian,” ujarnya.

Tambahnya, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan pisau digunakan supek dalam kejadian itu dirampas.

“Suspek ditahan reman sehingga 22 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI