fbpx
Gambar hiasan

74 positif Covid-19 dikesan di pintu masuk KLIA dan KLIA 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Seramai 74 individu yang baru tiba dari luar negara menerusi pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2 disahkan positif COVID-19.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keseluruhannya terdapat 19,372 individu yang disaring di pintu masuk KLIA dan KLIA 2 dengan 19,298 diuji negatif COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

“Seramai 74 individu yang didapati positif dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Semalam pula, seramai 594 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui KLIA dan KLIA2 dari Singapura, Indonesia, UAE, Oman, Kemboja dan Jepun dengan hanya seorang individu telah dibawa ke hospital,” ujarnya melalui satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

POPULAR