fbpx

Tajuddin tahu mengapa dipecat – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid dan Tajuddin.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tindakan menggugurkan jawatan anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ke atas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman adalah keputusan parti.

Katanya beliau berpendirian mana-mana ahli MKT yang dikenakan sebarang tindakan haruslah mematuhi ketetapan serta keputusan parti.

“Memang kuasa pelantikan mengikut Perlembagaan parti adalah kuasa Presiden UMNO dan saya berpendirian bahawa mana-mana anggota MKT seharusnya mematuhi ketetapan dan keputusan parti.

“Keputusan ini bukan sahaja yang ditetapkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) atau Mesyuarat Agung Khas UMNO (AGM), apatah lagi jika kita menjadi sebahagian daripada anggota MKT.

“Suatu ketetapan harus dipatuhi. Kita boleh berbeza pendapat, tetapi perlu melalui perbincangan atau mesyuarat, tetapi jika sesuatu keputusan itu telah dibuat maka keputusan itu adalah keputusan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai pemecatan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau secara peribadinya tidak bersetuju tetapi memilih untuk berlapang dada dan berfikiran terbuka mengenainya.

“Apabila sesuatu keputusan parti dilakukan, maka kita harus menerima apa saja keputusan yang dibuat mengikut peraturan dan perlembagaan parti,” katanya.

Disoal apakah sebab di sebalik pengguguran jawatan Tajuddin, Ahmad Zahid berkata, hanya Tajuddin sahaja yang tahu mengapa keputusan itu dibuat.

“Tanyalah diri beliau sendiri, itulah yang sebaik-baiknya, tidak adil kalau saya memberitahu umum. Tetapi, tentunya beliau mengtahui apa yang telah beliau lakukan kepada parti

“Kena tanya diri beliau sendiri apa kenyataan yang telah beliau buat, apakah bahan-bahan ucapan beliau atau ceramah-ceramah, ataupun bahan-bahan yang telah beliau nyatakan dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup. Tanya beliau sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datu Seri Ahmad Maslan melalui surat memaklumkan Tajuddin digugurkan daripada MKT UMNO.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan secara terperinci apakah sebab Tajuddin dipecat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI