fbpx

UMNO tak berani bersuara isu rakyat, Melayu – Tajuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Ipoh semalam. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkat UMNO kini dilanda ‘sindrom bisu’ apabila para pemimpinnya tidak berani bersuara dalam isu rakyat terutama melibatkan orang Melayu.

Menurut beliau, UMNO membisu tanpa sebarang kenyataan, ulasan, pandangan atau pun teguran berhubung isu rakyat seperti kos sara hidup.

Ujarnya, jika ada pun, suara UMNO hanya ibarat ‘mercun’ atau ‘meriam katak’, tidak selantang dahulu dalam isu berkaitan orang Melayu dan agama Islam.

“Ada sindrom bisu dalam UMNO. Tidak berani komen dan tak berani nak beri pandangan. Ini yang saya lihat daripada atas ke bawah, UMNO tak berani nak bercakap.

“Saya rasa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak akan marah sekiranya suara-suara itu membina, konstruktif dan bukan suara mengutuk.

“Beliau (Anwar) seorang yang terbuka, boleh bercakap apa sahaja tapi perlu bertanggungjawab atas apa yang diperkatakan. Jangan merapu tak tentu hala,” katanya kepada pemberita dalam program Iftar Perdana bersama Media Perak di Taj International College (TIC) di sini semalam.

Menurutnya, selain daripada Perdana Menteri, UMNO sepatutnya memperjuangan nasib Melayu seperti mana perjuangan parti itu sejak dahulu.

Sementara itu, Tajuddin mendakwa beliau tidak pernah menghilangkan diri malah masih bergiat aktif membantu masyarakat terutamanya di sekitar Pasir Salak.

“Saya tidak menghilangkan diri dan masih aktif dengan masyarakat. Banyak program-program kebajikan bersama masyarakat, ibu tunggal dan asnaf masih diteruskan,” ujarnya

Tajuddin berkata, walaupun sudah tidak dapat peruntukkan daripada kerajaan, aktiviti-aktiviti seperti itu tetap dijalankan dengan menggunakan wang miliknya.

Sebelum ini, Tajuddin digantung keahlian parti selama enam tahun pada 30 September 2022 dan tidak berhasrat untuk merayu lagi selepas permohonanya ditolak sebanyak empat kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI