fbpx

Selangor muncul juara Piala Cabaran Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN Selangor, Safuwan Baharudin (No. 21) meraikan jaringan kedua pasukannya ketika tewaskan Young Elephants 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. - SFC

PETALING JAYA – Selangor akhirnya menjulang Piala Cabaran Asia selepas mencatatkan kemenangan kedua dengan menewaskan kelab Laos, Young Elephants 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Bintang import baharu Selangor, Alvin Fortes jelas menghadirkan kelegaan buat pengendali pasukan, Nidzam Jamil apabila terus menyinar selepas meledak gol pembukaan perlawanan seawal minit kesembilan.

Situasi itu meletakkan tuan rumah makin selesa untuk mempamerkan aksi lebih baik dan Selangor mula mendapat rentak sebenar apabila memaksa Young Elephants menumpukan lebih perhatian kepada tugasan bertahan.

Minit ke-35, Red Giants makin selesa apabila ketua pasukan, Safuwan Baharudin meledak gol kedua.

Selangor hanya memerlukan lapan minit di babak kedua untuk menambah jaringan menerusi Faisal Halim.

Selepas mempersiakan banyak peluang, minit ke-74, pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23), Syahir Bashah turut merakam namanya selaku penjaring sekaligus mengesahkan kemenangan mutlak buat Selangor.

Untuk rekod, pertandingan pra musim ini dianjur buat kali pertama pada 2020 dengan menampilkan empat pasukan iaitu Selangor, Bangkok United (Thailand), Hanoi FC (Vietnam) dan Persib Bandung (Indonesia).

Ketika itu, Bangkok United muncul juara selepas mengatasi cabaran Selangor 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI