fbpx

UMNO sokong siapa sahaja calon PRK dari Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

HULU SELANGOR – UMNO menyerahkan sepenuhnya pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu kepada kepimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan.

Malah kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, parti itu juga akan menyokong sesiapa sahaja calon dan dari parti mana sekali pun.

Jelasnya, prinsip UMNO juga adalah jelas dimana parti itu menghormati kerusi yang telah dimenangi oleh parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

“Maka keputusan yang dibuat adalah kita akan menyokong mana-mana calon atas nama Kerajaan Perpaduan yang akan dikemukan oleh Pengerusi Kerajaan Perpaduan (Datuk Seri Anwar Ibrahim),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakan dua parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC yang dikatakan memutuskan tidak mahu terbabit dalam kempen PRK tersebut sekiranya kerusi itu tidak ditandingi calon BN, Ahmad Zahid berkata, beliau telah menyelesaikan perkara itu.

“Saya telah adakan pertemuan (dengan kepimpinan kedua-dua parti itu, malah Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan mereka,”ujarnya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid menyeru agar perbedaan pendapatan yang berlaku di dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) diselesaikan dengan segera.

“Di dalam hal ini, jika ada permasalahan, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan, saya berpendapat bahawa itu adalah pendirian parti masing-masing.

“Saya harap itu adalah sementara sahaja. Jika kenyataan itu keluar kerana kecil hati, saya harap ia dapat diselesaikan bagi menjernihkan kekeruhan jika ada.

“Ini akan memudahkan Perdana Menteri selaku Pengerusi Kerajaan Perpaduan untuk mencari titik persamaan. Jika ada perbedaan ia dapat diselesaikan dengan cara paling terbaik,”jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI