Gambar hiasan.

Prosedur pengikraran kargo petroleum K8 perlu perjelasan MOF, Kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Petronas digesa memberikan penjelasan lanjut berhubung aspek kawal selia, dokumentasi dan percukaian kargo petroleum yang dikendalikan menerusi prosedur pengikraran K8.

Wakil industri, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy berkata, penjelasan itu penting bagi memberikan gambaran lebih jelas kepada pihak industri susulan semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara berkenaan.

Menurutnya, SPRM sebelum ini memaklumkan semakannya tidak menemukan asas bagi kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 atau ketirisan hasil kerajaan setakat ini.

“Susulan penjelasan SPRM itu, perkara ini kini memerlukan penjelasan daripada pihak berkuasa berkaitan, khususnya mengenai aspek kawal selia dan percukaian.

“ndustri perlu mengetahui sama ada amalan berkenaan dibenarkan, dokumen yang perlu mengiringi kargo serta bagaimana layanan cukai ditentukan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn. Bhd. itu berkata, antara perkara yang menjadi perhatian ialah proses pencampuran kargo petroleum dalam tangki darat di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor.

Katanya, penjelasan lanjut diperlukan bagi memastikan pengendalian kargo terbabit dilaksanakan mengikut keperluan kawal selia, kastam dan percukaian yang ditetapkan.

SPRM menerusi surat rasmi bertarikh 20 Ogos kepada Jeyenderan memaklumkan bahawa pihaknya telah meneliti kebimbangan berkaitan prosedur pengikraran K8 melalui semakan silang dengan JKDM, MOF dan Petronas.

Surat itu menyatakan semakan berkenaan tidak menemukan asas bagi kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, selain tiada ketirisan hasil kerajaan dikenal pasti setakat ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN