Penang FC akur tewas kepada Brunei DPMM FC, semalam. - Foto ihsan Penang FC

Liga Super: Penang FC masih perlukan masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail percaya skuad Harimau Kumbang memerlukan sedikit masa untuk ‘panas’ selepas tewas 0-1 kepada Brunei DPMM dalam aksi pertama Liga Super di Stadium Bandaraya, semalam.

Menurut Wan Rohaimi, walaupun bermula langkah kiri, ia bukanlah petanda anak-anak buahnya akan mengulangi nasib musim lalu apabila bergelut di zon bawahan liga.

Beliau berkata, tempoh persiapan hampir dua bulan belum memadai untuk membentuk asas pasukan, terutama dengan beberapa perubahan dalam skuad berbanding musim lalu.

“Memang sasaran saya untuk memulakan musim dengan langkah kanan, tetapi ini yang berlaku. Kami kena hadap, bangkit untuk mengubah senario musim lalu. 

“Kekalahan ini tidak bermakna kami akan terus-terusan mengikut skrip yang sama seperti sebelum ini.

“Kerana, faktor nasib juga diperlukan kerana saya ingat lapan minggu pramusim yang kita lalui sebelum ini sudah cukup (untuk menang aksi pertama),” katanya.

Pada perlawanan itu, Penang beraksi dengan 10 pemain selepas  pertahanan, Fazly Mazlan dengan gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Miguel Oliveira. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN