Tangkap layar video yang dimuat naik pengguna Threads, @Syed Syahir, sebentar tadi.

[VIDEO] Tren LRT Kelana Jaya berhenti kecemasan, penumpang cemas bau asap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penumpang mendakwa sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang sedang bergerak laju dari Stesen Kampung Baru menghala ke Stesen KLCC, tiba-tiba melakukan pemberhentian kecemasan di tengah perjalanan, sebentar tadi.

Menurut perkongsian pengguna media sosial dikenali sebagai @Syed Syahir, kejadian itu turut menimbulkan kebimbangan apabila terdapat bau asap di dalam koc tren berkenaan.

“Tren tengah laju dari stesen Kampung Baru menghala ke stesen KLCC, tiba-tiba emergency stop (pemberhentian kecemasan).

“Tengah-tengah bau asap dalam koc. Nasib tak ada orang jatuh,” katanya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian Rapid KL yang memaklumkan pihaknya telah mengambil maklum mengenai kejadian tersebut.

“Salam hormat, operasi ambil maklum kejadian ini. Pemeriksaan lanjut akan dilakukan. Terima kasih,” jawab Rapid KL di ruangan komen. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN