KLANG – Letupan bunga api ketika berlakunya kejadian kebakaran di Kampung Sireh Tambahan, di sini awal pagi tadi mencetuskan tanda tanya.
Difahamkan, kebakaran itu memusnahkan enam kedai di lokasi berkenaan.
Kejadian itu tular di aplikasi Threads menerusi dua video yang dimuat naik pengguna orked3407 dengan salah seorang saksi kedengaran menyebut letupan serta percikan bunga api di udara ketika kebakaran tersebut berlaku.
Menerusi hantaran pengguna cuyaaa4891, percikan bunga api dipercayai mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk berhampiran.
“Patutlah dengar (letupan). Anak saya bangun nak minum, dia cakap mama ada orang bakar mercun. Saya fikir siapa pula nak bakar mercun (waktu) pagi,” katanya.
Sementara itu, pengguna pipibard menyifatkan suasana ketika kejadian seperti pesta berikutan bunyi letupan yang kedengaran dari kawasan berkenaan.
Pengguna orked3407 pula menyatakan “Meriah. Kita sudah cuak dari Kampung Delek boleh dengar. Ingat projek Laluan Rel Pantai Timur. Pagi subuh sudah buat kerja. Ada kebakaran rupanya,” ujarnya.
Situasi itu turut mengundang persoalan dalam kalangan pengguna media sosial sama ada premis berkenaan dipercayai menyimpan stok bunga api atau mercun.
“Ada simpan stok mercun ke?” soal ryzalreyz.
Bagaimanapun, punca kebakaran termasuk dakwaan mengenai bunyi letupan dan percikan bunga api masih belum dapat dipastikan. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














