Anggota bomba ketika berada di lokasi kejadian gegaran di Pulau Pinang, tadi

Sembilan laporan gegaran di P. Pinang akibat gempa Sumatera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima sembilan laporan berhubung gegaran di sekitar bahagian pulau dan Seberang Perai, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku kira-kira pukul 7.23 hingga 7.27 malam.

Menurutnya, lokasi gegaran melibatkan dua kawasan di Barat Daya, Timur Laut (tiga), Seberang Perai Tengah (satu), Seberang Perai Utara (dua) dan Seberang Perai Selatan (satu).

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) terima panggilan dari NG MERS999 yang menyatakan terdapat gegaran yang berlaku di sembilan tempat sekitar negeri Pulau Pinang.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah dihantar ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan,” katanya di sini, tadi.

Terdahulu, media melaporkan gempa bumi bermagnitud 6.4 dilapor menggegarkan wilayah Utara Sumatera, Indonesia pada jam 6.54 petang Sabtu.

METMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan pusat gempa dikesan pada koordinat 2.9 darjah Utara dan 98.8 darjah Timur. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN