PENNY Wong (kanan) bercakap dengan Menteri Hal Ehwal Luar Indonesia, Sugiono pada sidang di Manila, 22 Julai lalu. – AFP 

Menteri Australia kelahiran Malaysia tolak ‘budaya tunggal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYDNEY – Menteri Luar Australia, Penny Wong akan mempertahankan kepelbagaian budaya sebagai ‘satu-satunya negara Australia yang pernah wujud’ dalam ucapan hari ini untuk menentang parti berhaluan kanan, One Nation yang semakin meningkat pengaruhnya.

Wong yang dilahirkan di Malaysia merupakan individu berketurunan Asia-Australia pertama menjadi menteri persekutuan.

Beliau akan memberi amaran terhadap ‘anasir luaran dan dalaman’ yang cuba membahagikan Australia dalam ucapannya di Institut Lowy, Sydney, dengan menonjolkan kejayaan pelarian dalam sektor perniagaan dan sukan.

Separuh daripada rakyat Australia dilahirkan di luar negara atau mempunyai ibu bapa yang dilahirkan di luar negara, demikian menurut data bancian.

“Australia yang berbilang budaya adalah satu-satunya Australia yang pernah wujud,” kata Wong dalam salinan awal ucapannya dilihat oleh AFP.

‘Khayalan melankolik tentang budaya tunggal’ akan merosakkan keselamatan antarabangsa dan hubungan perdagangan Australia, tambahnya.

Parti One Nation pimpinan Pauline Hanson melonjak tahun ini untuk menjadi parti paling popular di Australia dan boleh memainkan peranan penting dalam menentukan kerajaan pada pilihan raya akan datang pada 2028, demikian menurut tinjauan pendapat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN