Wan Ahmad Dahlan (lapan kiri) hadir Larian MAPPA XXI 2026 di Dataran Putrajaya, hari ini.

15,000 penjawat awam laksana Hari Bekerja Hybrid setiap hari – KPPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Seramai 15,000 penjawat awam direkodkan terlibat Hari Bekerja Hibrid (HBH) setiap hari sejak pelaksanaannya bermula pada 1 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, tempoh pelaksanaan dasar itu masih baharu menyebabkan kerajaan belum dapat membuat penilaian menyeluruh terhadap keberkesanan dasar itu.

Beliau berkata, kerajaan dijangka dapat melihat impak sebenar pelaksanaan dasar HBH selepas tempoh sebulan hingga tiga bulan.

“Setakat ini, setiap hari terdapat kira-kira 15,000 penjawat awam yang melaksanakan HBH.

“Oleh kerana pelaksanaannya masih baharu, kita tidak dapat menilai secara komprehensif lagi. Namun selepas sebulan atau tiga bulan, kita akan dapat melihat impaknya dengan lebih jelas,” katanya ketika ditemui pada program Larian MAPPA XXI Tahun 2026 di sini hari ini.

Katanya, pelaksanaan HBH tidak ditetapkan dalam tempoh tertentu kerana ia merupakan norma baharu dalam dunia pekerjaan yang diamalkan di banyak negara maju. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN