PETALING JAYA – Stesen Meteorologi Temerloh, Pahang merekodkan suhu maksimum tertinggi di Malaysia semalam apabila mencatat bacaan 35.4 darjah Celsius.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, secara keseluruhannya purata suhu maksimum harian di semua Stesen Utama adalah 33.3 darjah Celsius berdasarkan rekod semalam.
“Bagi taburan hujan pula, Stesen Meteorologi Chuping, Perlis merekodkan jumlah hujan harian tertinggi iaitu 83.2 milimeter (mm).
“Stesen Meteorologi Batu Pahat, Johor berada di kedudukan kedua dengan bacaan 71.0mm, diikuti Stesen Meteorologi Langkawi, Kedah yang merekodkan 60.0mm,” katanya.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan merancang aktiviti harian dengan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE
















