fbpx
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Tapak Perlupusan Sampah Bukit Gelugur, Kerteh, Kemaman hari ini.

0.9 hektar Tapak Pelupusan Sampah Bukit Gelugor terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Sebahagian Tapak Pelupusan Sampah Bukit Gelugor, Kerteh, di sini seluas kira-kira 0.9 hektar sedang terbakar sejak Jumaat lalu.

Kebakaran tersebut menyebabkan beberapa perkampungan berdekatan diselubungi asap terutamanya pada waktu malam dan awal pagi sehingga menjejaskan kualiti penduduk setempat.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Mokhtar Dollah berkata, operasi pemadaman sedang giat dilakukan menggunakan kaedah melemaskan api dengan membuat timbunan tanah di kawasan yang terbakar.

“Kita turut membuat semburan air bagi menyejukkan suhu kawasan tapak perlupusan sampah berkenaan. Setakat ini, teknik pemadaman tersebut telah berjaya memadamkan kebakaran di 0.6 hektar kawasan terbabit,” katanya di sini hari ini.

Mokhtar berkata, pasukan bomba yang turut dibantu agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan anggota Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang bertungkus-lumus memadamkan baki kebakaran.

Beliau berkata, baki 0.3 hektar tapak perlupusan sampah yang masih terbakar dijangka dapat dipadamkan pada masa terdekat.

“Pemantauan anggota JPS hari ini mendapati asap semakin berkurangan berbanding sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN