KEADAAN lori dan kereta yang terlibat dalam kemalangan. - Sumbar24jam

Brek gagal punca kemalangan lima kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Masalah brek pada sebuah lori dikenal pasti menjadi punca kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Lurah Barangin, Kabupaten Pasaman, wilayah  Sumatera Barat semalam, lapor laman berita AFU. ID.

Polis berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 5.15 petang (waktu tempatan) itu melibatkan dua buah lori dan tiga kenderaan persendirian.

Ketua polis trafik tempatan, Iptu Afrizal mengesahkan kemalangan bermula apabila lori Mitsubishi Colt Diesel yang dipandu dari arah Lubuk Sikaping menuju ke Bonjol mendadak mengalami kegagalan brek.

“Pemandu gagal mengawal lorinya sebelum terbabas ke sebelah kanan jalan lalu merempuh sebuah lagi lori yang berhenti di bahu jalan,” katanya.

Impak kuat rempuhan menyebabkan lori kedua mengundur dan melanggar tiga buah kereta persendirian yang berada di belakangnya secara berturutan.

Kenderaan persendirian yang terjejas  dikenal pasti sebagai sebuah Toyota Rush, Daihatsu Terios dan Toyota Kijang.

Ekoran kejadian itu, dua penumpang dalam Daihatsu Terios dan Toyota Kijang dilaporkan cedera. 

Mereka dibawa ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan perubatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN