SEREMBAN – Perkongsian anak kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di media sosial mengundang sebak apabila meluahkan rasa bangga terhadap ketabahan bapanya menerima kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.
Menerusi hantaran di Threads, Athira Aminuddin menyifatkan bapanya sebagai seorang pejuang yang kuat apabila masih mampu mengukir senyuman sepanjang malam biarpun berdepan keputusan yang tidak memihak kepadanya.
“My strong fighter (pejuang hebat saya). Saya sangat bangga dengan bapa saya. Beliau masih lagi tetap tersenyum sepanjang malam walaupun mengalami kekalahan kerana jauh di sudut hatinya tahu bahawa beliau sudah memberikan segala yang termampu. tu sudah lebih daripada mencukupi,” katanya.
Athira dalam masa sama merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas segala doa, kata-kata semangat dan sokongan yang diberikan kepada keluarganya sepanjang perjalanan politik bapanya itu.
“Sekarang, ayah boleh rehat sikit dan main dengan Haura,” katanya. – KOSMO! ONLINE














