fbpx
Tangkap layar video memaparkan Edwin Low menemubual seorang anggota polis di Thailand yang dikenal sebagai 'Abe D'.

[VIDEO] Nak ‘ride’ masuk Thailand wajib ada lesen fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia yang merancang perjalanan ke Thailand dengan menunggang motosikal atau memandu kenderaan diingatkan supaya membawa lesen memandu fizikal.

Ini berikutan pihak berkuasa Thailand mahu melihat dokumen asal ketika pemeriksaan di negara jiran.

Perkara itu dikongsikan pempengaruh, Edwin Low menerusi satu video bersama anggota polis Thailand berhubung keperluan dokumen fizikal berkenaan.

“Rakyat Malaysia bila datang ke Thailand wajib guna lesen fizikal kerana undang-undang di Thailand memerlukan kami melihat lesen fizikal,” katanya.

Menjawab satu lagi persoalan orang ramai, anggota polis itu turut menjelaskan, lesen memandu yang telah tamat tempoh juga tidak boleh digunakan di negara berkenaan.

“Kalau lesen sudah tamat tempoh, memang tak boleh digunakan di sini (Thailand),” ujarnya.

Perkongsian itu menarik perhatian pengguna media sosial, malah ada yang menyarankan supaya Malaysia turut mewujudkan kembali lesen fizikal selain menerusi aplikasi.

“Di Malaysia menyusahkan, di Thailand dipermudahkan. Cuba fikir orang tua yang tidak pandai menggunakan telefon bimbit, macam mana?,” ujar @Mr.Remy.

“Kenapa lesen rakyat Thailand boleh guna di Malaysia? Sepatutnya kembali pada asal (guna) lesen fizikal semula. Tak sepatutnya nak lesen fizikal kena bayar, sedangkan lesen sudah dibayar,” soal @Mazlan Shaary. – KOSMO! ONLINE

@edlvinvinLesen fizikal 🇹🇭🇲🇾📌📍

♬ original sound – Edwin Low

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN