fbpx
Abdul Hadi

Kemenangan BN-PN isyarat rakyat terima penyatuan ummah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan merupakan suatu isyarat jelas bahawa rakyat menerima usaha penyatuan ummah berteraskan keadilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kejayaan ini akan menjadi pencetus kepada gelombang perubahan yang lebih besar dalam usaha memulihkan negara, di samping membina sebuah pentadbiran yang bersih, prihatin dan stabil.

“Pas menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan ini.

“Keutamaan adalah untuk mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut merakam penghargaan kepada seluruh pengundi Negeri Sembilan atas kepercayaan diberikan kepada PN dalam PRN Negeri Sembilan.

“Saya turut merakam penghargaan kepada kepimpinan PN dan BN, calon, petugas serta jentera parti yang telah bekerja dalam satu saf bagi memastikan kejayaan PN-BN hari ini.

“Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk menunaikan amanah rakyat sebaik-baiknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN