PETALING JAYA – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mendahului dengan selesa bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hari ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 7 malam, Mohamad memperoleh 1,912 undi, meninggalkan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Dr. Azizul Hakim Mahdi, yang meraih 772 undi.
Beliau ketika ini mendahului dengan majoriti 1,140 undi. – KOSMO! ONLINE














