fbpx
DINDING luar sebuah kedai kelihatan runtuh akibat gempa bumi yang melanda wilayah Kumamoto hari ini. - AFP

Gempa bumi bermagnitud 7.1 gegar Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 melanda wilayah Kumamoto di pulau Kyushu, Jepun  sehingga menyebabkan bangunan runtuh, mencetuskan beberapa kebakaran, dan mencederakan puluhan penduduk di wilayah tersebut.

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, mengesahkan kerosakan skala besar tersebut manakala penyiar rasmi NHK melaporkan sekurang-kurangnya 50 orang telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

“Kami masih menilai sejauh mana tahap kecederaan dan kerosakan harta benda, tetapi saya telah dimaklumkan bahawa beberapa kecederaan telah pun berlaku. 

“Bekalan elektrik juga terputus dan kebakaran berlaku di beberapa kawasan, manakala jalan raya serta jambatan telah rosak dan bangunan runtuh,” katanya.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa bumi yang berlaku pada jam 4:27 petang (waktu tempatan) itu mencatatkan magnitud 7.1.

Rakaman televisyen di NHK menunjukkan beberapa kebakaran, jambatan yang rosak, sebuah kereta api kargo tergelincir, dan jalan raya yang retak selepas gegaran di pulau Kyushu itu. 

Penyiar berkenaan melaporkan sekurang-kurangnya 12 buah rumah telah runtuh. 

JMA pada mulanya mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami sehingga satu meter, tetapi menarik balik amaran tersebut pada sekitar jam 6:10 petang (waktu tempatan).

“Gempa bumi ini berlaku di daratan, dan tiada aktiviti tsunami dikesan setakat ini. Atas sebab ini, kami berharap dapat menarik balik nasihat tsunami pada peringkat yang agak awal, bergantung pada keadaan paras laut akan datang,” kata jurucakap Agensi Meteorologi Jepun. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN