fbpx
Sebahagian peserta RXZ Members edisi tahun lalu di Gong Badak, Kuala Nerus.

RXZ Members tukar slogan, ‘Yang Santai, Pasti Sampai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Slogan ‘Yang Kental, Pasti Sampai’ yang sinonim dengan perhimpunan RXZ Members sejak sembilan tahun lalu dimansuhkan dan diganti dengan ‘Yang Santai, Pasti Sampai’ bagi penganjuran edisi kelapan berlangsung Jumaat ini.

Penganjur RXZ Members 8.0, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, penukaran slogan tersebut bagi menyemai budaya tunggangan berhemah dalam kalangan peserta.

Beliau berkata, sebagai penganjur, mereka seada upaya mahu memastikan keselamatan peserta dalam penunggang motosikal Yamaha RXZ.

“‘Yang Santai, Pasti Sampai’ bukan sekadar slogan baharu tetapi kita mahu menyampaikan mesej agar semua peserta lebih berhemah di jalan raya.

“Kalau boleh, kita menyasar matlamat sifar kemalangan dalam kalangan peserta RXZ Members pada kali ini.

“Apa yang penting, mereka menyertai program ini dengan selamat dan juga apabila pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum ini, kemalangan maut seakan sinonim setiap kali penganjuran RXZ Members dengan dua peserta dilaporkan meninggal dunia pada tahun lalu.

Mohamad Faizal berkata, penganjur RXZ Members mahu menjadikan budaya menunggang secara selamat menjadi keutamaan setiap peserta terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN