fbpx
PERRY berucap dalam mesyuarat tahunan di Jakarta pada 28 November 2025. – AFP

Gabenor bank pusat Indonesia letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Gabenor bank pusat meletakkan jawatan lebih awal ketika Indonesia bergelut dengan kemerosotan nilai mata wang rupiah dan masalah ekonomi lain disebabkan perang Asia Barat, kata kerajaan hari ini.

Presiden Prabowo Subianto menerima peletakan jawatan Perry Warjiyo  yang berkhidmat sebagai Gabenor Bank Indonesia sejak 2018, kata Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi kepada pemberita di Jakarta.

Penggal kedua beliau sepatutnya berakhir pada 2028.

Perry memberi alasan peribadi untuk peletakan jawatannya, yang diserahkan pada 25 Julai lalu tanpa mengulas lanjut.

“Presiden mengucapkan terima kasih kepada Perry  dan penghargaan tertinggi atas dedikasinya selama  tujuh tahun menerajui Bank Indonesia,” kata Prasetyo.

Timbalan gabenor kanan bank itu, Destry Damayanti dilantik sebagai gabenor interim, tambah beliau.

Mata wang Indonesia terjejas teruk akibat lonjakan kos tenaga disebabkan perang Asia Barat. Ia merupakan mata wang Asia dengan prestasi paling buruk, demikian  menurut saluran kewangan Bloomberg News, susut kira-kira tujuh peratus sejak perang bermula. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN