fbpx
LAPAN peserta Big Stage lega apabila masing-masing berpeluang melangkah ke pentas suku akhir Big Stage Rocketfuel minggu depan selepas tiada penyingkiran diumumkan pada konsert mingguan malan tadi. Foto FIRDAUS JOHARI

Semua selamat ke suku akhir Big Stage Rocketfuel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seramai lapan peserta mampu menarik nafas lega apabila berjaya melangkah ke pentas suku akhir Big Stage Rocketfuel minggu depan selepas tiada penyingkiran diumumkan pada konsert minggu kelima.

Lapan peserta tersebut merupakan Ranisha, Adam Nazmie, Danial Kifli, Hussain, Aliff Kimiey, Danny, Qilo dan Yad-z.

Pengumuman tiada penyingkiran tersebut sekali gus menyelamatkan Danny, Yad-Z dan Aliff Kimiey yang berada di kedudukan tiga tercorot susulan meraih markah terendah daripada barisan juri tetap.

Pada konsert yang bertemakan ‘Multi-Track’ (duet dengan penyanyi jemputan) malam tadi, kedudukan pertama menjadi milik Adam Nazmie menerusi lagu Da Bomb nyanyian asal kumpulan Ruffedge dan duet bersama Sarah Suhairi dengan markah tertinggi, 79.50 peratus.

Kedudukan kedua pula menjadi milik Ranisha manakala Hussain pula mengikuti di tangga ketiga.

Sementara itu, Hussain sekali lagi memenangi anugerah Rocketstar of The Week apabila meraih undian online tertinggi bagi minggu keempat.

Big Stage minggu kelima yang bertemakan lagu pilihan juri dan pusingan ‘battle’ dua kumpulan.

Big Stage X Rocketfuel dihoskan Nabil Ahmad dan Azeva sementara barisan juri pula terdiri daripada Hael Husaini, Aisha Retno dan Akim Ahmad.

Sementara komposer dan penyanyi Ajai merupakan juri jemputan pada minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN