fbpx
Gambar hiasan.

Hina Islam, Allah dan Nabi, lelaki dicekup polis di Iskandar Puteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Padah membuat hantaran berunsur penghinaan terhadap agama Islam, seorang lelaki tempatan berjaya ditahan polis di sekitar Iskandar Puteri, awal pagi tadi.

​Suspek berusia 37 tahun itu dicekup kira-kira pukul 1.00 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.

​Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima pada semalam mengenai satu hantaran tular di media sosial Facebook.

​”Hantaran yang dikongsi pemilik akaun ‘Fadzil Zahari’ itu mengandungi beberapa tangkap layar daripada pemilik akaun ‘Parthiban Ragu’ yang memaparkan ungkapan jelik dan lucah menghina agama Islam, Allah SWT serta Nabi Muhammad SAW.

​”Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Pihak polis turut merampas dua buah telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

​Beliau berkata, suspek kini direman selama empat hari bermula 25 Julai hingga 28 Julai 2026 selepas perintah tahanan dikeluarkan oleh Mahkamah Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN