fbpx
Anwar (tengah) hadir pada Majlis Peluncuran Indian Muslim Transformational Framework di Pusat Konvensyen PICCA @Butterworth Arena, malam tadi. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Tempoh sebulan kementerian selesaikan isu kekurangan pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan tempoh maksimum sebulan kepada kementerian dan jabatan berkaitan untuk menyelesaikan isu kekurangan pekerja asing yang dibangkitkan pelbagai sektor termasuk industri restoran.

Anwar berkata, kerajaan mengambil maklum keluhan yang dibangkitkan pengusaha restoran, namun menegaskan negara tidak boleh membuka ruang sepenuhnya kepada kemasukan pekerja asing hanya untuk mengisi kekosongan tenaga kerja.

“Saya dengar keluhan restoran yang sabar. Kita tak boleh buka ruang sepenuhnya semata-mata untuk mengisi kekosongan dalam negara kerana kita sudah mempunyai terlalu ramai pekerja asing, termasuk yang tidak pulang.

“Tetapi saya setuju ada keperluan mendesak untuk mengisi kekosongan pekerja di lapangan tertentu termasuk restoran-restoran.

“Jadi, insya-Allah mulai Isnin saya beri tempoh kepada kementerian-kementerian dan jabatan berkenaan untuk selesaikan mengikut keutamaan. Dalam tempoh maksimum satu bulan mesti selesai,” katanya ketika berucap sempena Majlis Peluncuran Indian Muslim Transformational Framework 2030 (#IMTF2030) di PICCA @ Butterworth Arena di sini, malam ini.

Terdahulu, kerajaan memaklumkan akan meneliti semula keperluan tenaga kerja asing bagi beberapa sektor termasuk restoran dan pembinaan dengan kementerian berkaitan diarahkan mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak industri sebelum keputusan dimuktamadkan.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi membantu anak-anak Mukmin daripada keluarga miskin yang sedang melanjutkan pengajian atau bakal memasuki universiti serta mengikuti kursus-kursus khusus, terutama dalam bidang baharu.

“Doakan Allah SWT memberi kesihatan yang baik dan laluan untuk kita terus bekerjasama mengangkat martabat negara Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN