fbpx
Izham dan Pengarah FAMA Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Isa Hamzah ketika jualan buah rambutan pada  Pesta Buah-Buahan Tempatan Selangor 2026 di Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Super El Nino tidak gugat sawah padi Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM- Fenomena Super El Nino yang diramal melanda pada November ini dijangka tidak memberi kesan kepada kawasan sawah padi di Selangor, sekali gus memastikan bekalan beras negeri kekal terjamin.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, keyakinan itu berdasarkan keadaan semasa apabila fenomena El Nino yang sedang berlaku masih belum menjejaskan kawasan penanaman padi di negeri ini.

“Setakat ini, tidak ada kawasan sawah padi yang terjejas akibat fenomena ini walaupun ada tempat di Selangor mengalami cuaca yang tidak menentu.

“Apabila tiada kawasan yang terjejas, bekalan beras juga tidak terganggu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buah-Buahan Tempatan Selangor 2026 di sini, hari ini.

Menurut beliau, paras air di semua empangan ketika ini berada pada tahap baik dan mencukupi untuk menampung keperluan pengairan di kawasan sawah padi.

Sementara itu, Izham menyasarkan nilai jualan RM250,000 sepanjang tiga hari penganjuran Pesta Buah-Buahan Tempatan Selangor 2026.

Katanya, sebanyak 40 tan buah-buahan melibatkan 15 jenis dibawa pada penganjuran kali ini, antaranya durian, rambutan dan manggis.

“Esok (Sabtu), kita turut membawa Melon Sel, iaitu varieti melon khas yang ditanam di Selangor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN