fbpx
ADEYEMI

La Liga: Adeyemi bintang baharu Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Barcelona terus berbelanja mewah pada jendela perpindahan kali ini selepas menandatangani pemain antarabangsa Jerman, Karim Adeyemi daripada Borussia Dortmund dalam perpindahan yang dianggarkan bernilai €30 juta (RM153 juta) termasuk bonus.

Sebagai rekod, Adeyemi menyertai Dortmund daripada Red Bull Salzburg pada 2022 dan mencatat 146 penampilan dengan menghasilkan 36 gol dalam semua pertandingan sepanjang bersama kelab Bundesliga itu.

Pemain berusia 24 tahun itu mengakui status Hansi Flick selaku jurulatih menjadi faktor utama yang meyakinkannya untuk berhijrah ke Camp Nou.

Malah, Adeyemi turut teruja untuk membentuk jentera serangan berbisa apabila bergandingan bersama bintang muda The Catalan, Lamine Yamal nanti.

“Flick adalah sebab utama saya datang ke Barcelona. Saya sangat gembira dapat bekerja dengannya semula.

“Mengenai Yamal, saya rasa kami boleh membentuk keserasian yang sangat baik. Dia bukan sahaja penjaring gol atau pemain yang bijak menggelecek, tetapi juga sangat hebat mencipta peluang kepada rakan sepasukan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Barcelona, Joan Laporta sangat gembira selepas berjaya mendapatkan pemain ‘idaman’ yang sudah lama berada dalam radar kelab.

“Kami teruja kerana Adeyemi adalah pemain yang kami pantau sejak sekian lama. Deco (Pengarah sukan Barcelona) juga melakukan tugas yang cemerlang untuk memastikan perpindahan ini menjadi kenyataan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN