fbpx
Tangkap layar video menunjukkan beruang itu berpaut pada tiang utiliti berhampiran Gladstone, New Mexico baru-baru ini. - X

Beruang terperangkap atas tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANTA FE, NEW MEXICO – Pengguna jalan raya di negeri New Mexico terkejut apabila melihat seekor beruang bertenggek di atas tiang utiliti setinggi lebih 10 meter sebelum ia dilaporkan mati akibat terkena renjatan elektrik, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku berhampiran Gladstone, kira-kira 274 kilometer dari timur Santa Fe, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik platform X menunjukkan haiwan itu berusaha mengekalkan keseimbangan dengan berpaut pada tiang sambil kelihatan seperti tercungap-cungap. 

Perakam video, Shannon Mulles berkata, dia menemui haiwan itu semasa dalam perjalanan dari Red River, New Mexico ke Oklahoma melalui Lebuh Raya 56. 

“Pada mulanya, kami menyangka beruang itu sudah mati. Selepas menghampirinya, ia masih hidup,” kata Mullens. 

Beberapa saksi bergegas menghubungi perkhidmatan kecemasan, namun mereka dimaklumkan oleh pegawai hidupan liar tempatan bahawa tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan beruang tersebut. 

Jabatan Ikan dan Hidupan Liar New Mexico memberitahu akhbar New York Post bahawa beruang berkenaan mati tidak lama kemudian akibat terkena renjatan elektrik. 

Pakar hidupan liar berkata, beruang boleh memanjat tiang utiliti kerana terkejut dengan kehadiran manusia, kenderaan atau anjing. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN