fbpx
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan tangan seorang wanita yang tersepit pada mesin membuat kuih di Taman Nirwana, Batang Tiga, Melaka hari ini. - Foto JBPM.

Jari wanita hancur tersepit mesin kuih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang wanita mengalami kecederaan parah pada tangan kanannya selepas dua jarinya hancur akibat tersepit pada sebuah mesin membuat kuih di rumahnya di Taman Nirwana, Batang Tiga di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi tadi.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang mengendalikan mesin berkenaan sebelum jari tengan dan jari manisnya tersepit.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.19 pagi sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik pasukan bomba tiba, didapati tangan mangsa masih tersepit pada mesin membuat kuih,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, komander operasi mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa ekoran terpaksa membuka mesin tersebut.

“Mangsa diserahkan kepada pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12.11 tengah hari selepas pemeriksaan mendapati tiada lagi sebarang bahaya di lokasi,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN