fbpx
Gambar hiasan.

Cuaca buruk di KL, Selangor hingga 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor hingga pukul 3 petang.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda di negeri sebelah utara termasuk Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama).

“Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka di Pahang (Rompin), Selangor (Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Bagi Negeri Sembilan pula keadaan cuaca buruk dijangka melanda kawasan Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin,” jelasnya.

Turut terlibat ialah beberapa kawasan di Johor iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN