PETALING JAYA – “Dapat housemate (rakan serumah) dari neraka. Dah cantik masing-masing, kalau keluar rumah make up (bersolek) tebal ada gaya semua tapi bab dapur dibuatnya macam ni.”
Itu luahan seorang wanita mengenai rakan serumahnya yang disifatkan sebagai cantik dan pandai berhias diri, tetapi rupanya sangat pengotor di rumah.
Menggunakan profil @_sarareynaa di media sosial, wanita itu turut ‘mendedahkan’ keadaan perkakasan dapur yang ditinggalkan rakannya itu tanpa dibersihkan selepas digunakan sehingga berulat.
“Tolonglah jangan jadi pengotor! Rumah ni tak ada bibik untuk basuhkan segala pinggan mangkuk,” katanya.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian orang ramai pada ruangan komen yang rata-rata turut mengecam sikap tidak bertanggungjawab rakannya itu.
“Pengotornya, dah macam hidup dekat kandang lembu!,” ujar @Izzaf074.
“Jangan pelik ya memang ada manusia macam ni, pengotor. Bila dekat luar bukan main kau paling pembersih,” kecam @Jiiaaaa_.
“Gelinya, berapa lama dah tu dibiar! Ambil, lempar dekat muka dia,” komen @Koala.cat00. – KOSMO! ONLINE














