fbpx
NOORZUNITA menyantuni Norazimah di Kampung Tanah Melintang, Tampin semalam.

Penduduk puji Noorzunita tak pilih parti, kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah, menyenangi calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Noorzunita Begum Mohd. Ibrahim kerana mudah didekati, komited serta tidak memilih fahaman politik dan kaum untuk dibantu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanah Melintang, Mohd. Daud Ismail, 68, berkata, Noorzunita sentiasa memberikan perhatian terhadap permasalahan rakyat sejak menjadi wakil rakyat sebelum ini.

Menurutnya, khidmat diberikan calon berusia 46 tahun itu tidak tertumpu kepada penyokong parti tertentu, sebalik­nya semua penduduk disantuni secara adil.

“Dia sangat komited dengan kerja dan sentiasa fokus kepada masalah penduduk. Tidak kira parti atau kaum, semua orang dia bantu dan santuni.

“Kami sudah lama mengenali beliau. Sebelum jadi wakil rakyat ini pun dia sudah biasa turun mendekati rakyat dan sekarang pendekatan itu diteruskan di DUN Pilah,” katanya.

Katanya, walaupun hanya berkhidmat selama dua tahun lima bulan sebagai wakil rakyat, Noorzunita melaksanakan pelbagai usaha memperbaiki kemudahan dan kebajikan penduduk.

Ujarnya, tiga bulan selepas beliau dilantik sebagai ketua kampung, kawasan ber­kenaan menerima peruntukan hampir RM100,000 bagi kerja menurap sebahagian jalan kampung.

“Kampung kami dipilih sebagai kampung angkat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang memberi banyak manfaat kepada penduduk.

“Melalui program itu, pelbagai masalah infrastruktur seperti bumbung rumah, longkang dan kemudahan awam dapat diberi perhatian,” katanya.

Menurut Mohd. Daud, seba­nyak 15 rumah penduduk turut menerima bantuan membaiki bumbung, selain pembinaan pagar tanah perkuburan dan pemasangan 17 unit lampu solar.

“Kampung juga menerima sebuah van jenazah baharu serta generator yang boleh digunakan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Seorang penduduk, Norazimah Shabudin, 58, berkata, keluarganya antara yang menerima manfaat bantuan persekolahan, bakul makanan dan bantuan sempena musim perayaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN